ßÍšŋęş Õńļĭńê Ěâŝŷ ©










HI

Rabu, 16 Jun 2010

                                          Doa Ringkas Selepas Solat Lima Waktu








Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh       diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;       “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-       Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah       kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin       mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri       daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua       marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam        (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat rakaat.
1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana       Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar       dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar        dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama        sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul        ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau Isya’). 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
                                                i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam solat yang kedua.   2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2  Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

NILAI KASIH IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kertas itu tertulis :

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai RM4.00
Tolong jaga adik RM4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Sindiket dadah tumpas lagi


Kamarudin A. Aziz menunjukkan rampasan wang tunai dan senjata api serta dadah selepas polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 16 Jun - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif beroperasi di bandar raya ini dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua warga asing dalam satu serbuan Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Mariamah, di sini menjumpai beberapa jenis dadah dipercayai bernilai RM166,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Kamarudin A. Aziz berkata, dadah yang dirampas terdiri daripada ganja seberat 3.8 kilogram (kg), syabu (574 gram), heroin (222 gram) dan 10 biji pil Eramin 5.
"Polis juga menjumpai sepucuk pistol tiruan jenis High Accuracy P.729 buatan China berserta satu kelopak peluru dan 39 kelongsong peluru kosong," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Selain itu, polis turut menyita harta milik kesemua suspek berusia antara 35 hingga 46 tahun seperti wang tunai RM65,500, lima kereta mewah bernilai RM320,000 dan lain-lain peralatan berjumlah RM2,000.
"Ujian air kencing ke atas keempat-empat suspek mendapati kesemuanya positif dadah jenis morfin. Malah salah seorang mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Pada Khamis dan Jumaat lalu, polis Johor dengan kerjasama Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah dengan tertangkapnya 15 orang termasuk dua warga Myanmar dalam tujuh serbuan berasingan di beberapa lokasi berbeza di negeri ini.
Rampasan pelbagai jenis dadah dan hartanah termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM3.7 juta.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 37 tahun turut ditahan kerana disyaki pengedar dadah di sebuah bilik hotel di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini pukul 7.15 petang, 11 Jun lalu.
Suspek, seorang penganggur ditahan bersama 64 biji pil ecstasy, 1.92 gram ketamin, enam biji pil Eramin 5, 3.22 gram heroin dan 15.49 gram syabu.
Kamarudin berkata, pihaknya merampas sepucuk pistol tiruan jenis YT 38 buatan China berserta satu kelopak tanpa peluru.
"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah di sekitar Johor Bahru," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

PDRM's Lancer Evo X





PDRM's Lancer Evo X by setiaalamnet.
PERKATAAN Oranje sering kali dirujuk kepada pasukan bola sepak kebangsaan Belanda mahupun pasukan besbol negara itu.
pix_middle



Namun, ketika pusingan akhir Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, pasukan bola sepak menjadi tumpuan utama.

Oranje atau juga bermakna warna oren kerana pasukan negara itu sering memakai jersi berwarna oren selain warna putih atau hitam bagi jersi kedua, sudah agak sebati dengan peminat bola sepak seluruh dunia.

Lebih menarik, penyokong skuad Oranje juga memakai baju atau jersi berwarna oren, sering kali memenuhi tempat duduk penonton di mana saja mereka bertanding dan sekali gus membentuk satu 'lautan oren'.

Mereka ini disifatkan sebagai penyokong paling `sporting' kerana akan hadir dengan jumlah yang besar untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan mereka.

Tiada kedengaran penyokong mereka membuat kekacauan atau terlibat dalam keganasan penyokong baik dalam siri Piala Dunia lalu, mahupun kejohanan Euro.Kedatangan penyokong Belanda ini umpama membawa cat oren.Tidak hairan apabila Belanda menentang Denmark pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan E di Stadium Soccer City, Johannesburg, kelmarin, hampir keseluruhan stadium yang boleh memuatkan 90,000 penonton itu dipenuhi dengan warna-warna oren.
Di segenap penjuru stadium, penyokong Oranje dengan memakai jersi, topi, rambut dan pelbagai aksesori lagi berteriak, bertempik, menyanyikan lagu sekalipun mungkin ia tenggelam di dalam kebisingan tiupan trumpet vuvuzela yang menjadi kontroversi.

Ada juga di kalangan penonton berusia dari Belanda yang memakai jersi 1988, ketika negara itu mencatat sejarah buat kali pertama menjuarai Kejohanan Eropah di Jerman Barat.Suasana sama 'lautan oren' juga bukan satu perkara asing seandainya Belanda bermain di gelanggang sendiri sama ada di Amsterdam (Arena Amsterdam), Rotterdam (Stadium Feyenoord) mahupun Eindhoven (Stadium Philips).

Sukar untuk melihat warna lain selain warna oren di kalangan penonton atau di bangku tempat duduk stadium kerana ia dipenuhi dengan 'lautan oren'.

Namun apa yang disaksikan di Stadium Soccer City kelmarin memang menakjubkan kerana ia bukannya berlangsung di Belanda atau di bandar raya di negara itu sebaliknya di Afrika Selatan.

Kehadiran penyokong fanatik Oranje memenuhi setiap ruang sesuatu yang mengagumkan bagaikan perlawanan itu dilangsungkan di negara mereka sendiri.
Sekalipun persembahan pasukan Oranje sendiri tidak begitu memberangsangkan dan dianggap menang secara 'kotor' dengan satu gol sendiri pemain pertahanan Denmark dan gol kedua oleh penyerang Liverpool, Dirk Kuyt, namun kehadiran penyokong mereka pastinya sesuatu yang dialu-alukan.

Banyak pasukan yang menganggap sokongan peminat mereka sebagai 'orang ke-12' di atas padang, pembangkit semangat untuk memberikan persembahan menarik dan menghiburkan serta apa yang lebih penting memastikan kemenangan yang dicari-cari.

Amuk komando

SIK: “Kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam), dia membeli parang di sini dan saya lihat dia tidak banyak bercakap serta hanya serius, tidak seperti biasa.
“Namun, kira-kira jam 2 petang, ramai polis berkumpul di depan kedai sebelum saya dimaklumkan dia mengamuk mahu membunuh ahli keluarganya,” kata Mohd Fazli Bakar, 31, peniaga runcit di Kampung Masjid, Jeneri, dekat sini, yang terkejut dengan tindakan lelaki dikenali sebagai Man Komando mengamuk selepas membeli senjata itu di kedainya, semalam.

Dalam kejadian itu, seorang bekas komando berusia 35 tahun yang dipercayai baru keluar penjara dua minggu lalu, mengamuk dengan parang dan mengugut membunuh ahli keluarganya dipercayai akibat masalah keluarga.

Berikutan kejadian itu, kira-kira 20 polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian, malah polis terpaksa mengambil hampir lima jam untuk berunding dengan suspek sebelum mengambil keputusan menggunakan gas pemedih mata bagi menahannya.

Sepanjang operasi itu, empat polis turut terkena gas pemedih mata.

Mohd Fazli berkata, lelaki yang dipanggil Man itu tidak mahu berbual walaupun disapa, malah dia hanya membayar RM40 untuk parang itu walaupun harga sebenar RM53.
“Dengan muka dan nada serius, dia berkata hanya ada RM40 sebelum berlalu pergi. Saya nampak dia meletakkan parang itu dalam baju di belakang badan. Saya pelik dengan sikapnya sedangkan kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak sekolah rendah.

“Sepanjang mengenalinya, dia rakan yang baik dan saya tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian,” katanya yang tidak mahu gambarnya dirakamkan. Sementara itu, saudara suspek yang enggan dikenali berkata, bekas komando itu mengamuk sejak kelmarin dan mahu membunuh ibu, abang serta kakaknya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengetahui punca lelaki itu mahu membunuh ahli keluarganya.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu dia bertindak demikian hingga keluarganya terpaksa menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4.45 petang selepas polis menggunakan gas pemedih mata berikutan dia enggan menyerah diri walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek baru dibebaskan dari Penjara Alor Setar dua minggu lalu selepas diikat jamin abangnya berikutan direman berhubung kes bunuh pada 2008.

Katanya, suspek yang masih di bawah pengawasan penjara mengamuk sejak Sabtu lalu.

Katanya, suspek sebelum ini berkhidmat sebagai di Kem Sungai Udang, Melaka selama 10 tahun sebelum dikenakan tindakan berikutan masalah disiplin.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Banggol, dekat sini, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sik untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Sik, Deputi Superintendan Zaidong Mustapha ketika dihubungi berkata, polis menerima panggilan kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin dan keluarga lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jeniang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Johor: Umpan Piala Dunia
Oleh Mustapha Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/06/15

IBRAHIM (kiri) 
menunjukkan jadual pertandingan bola sepak Piala 
Dunia serta kad perniagaan yang dirampas daripada tali barut along  di 
Ayer Hitam.
IBRAHIM (kiri) menunjukkan jadual pertandingan bola sepak Piala Dunia serta kad perniagaan yang dirampas daripada tali barut along di Ayer Hitam.
Ramai kaki judi terperangkap kini resah diburu along

BATU PAHAT: Polis mengesan demam Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan digunakan sindiket perjudian untuk meraih keuntungan sekelip mata. Selain sindiket berkenaan, along atau lintah darat juga didapati menggunakan kesempatan itu untuk memajukan khidmat pinjaman wang disediakan.Mereka memperkenalkan beberapa kemudahan seperti pembayaran balik fleksibel dan tidak mengenakan bunga kepada peminjam, jika melunaskan dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pinjaman khas ditawarkan kepada kaki judi itu sebenarnya sukar dilunaskan seperti yang dijangka.

“Beberapa kaki judi yang mendapatkan pinjaman along akhirnya menyedari mereka terperangkap dengan taktik digunakan dan ramai yang gagal membayar balik pinjaman.

“Berikutan itu, ramai peminjam tertekan apabila didesak pemungut hutang upahan along supaya melunaskan pinjaman masing-masing.
“Selain berikhtiar atau mencari jalan sendiri untuk menjelaskan pinjaman, ada peminjam yang sudah tidak tahan dengan desakan serta masalah dialami, membuat laporan polis,” katanya.

Ibrahim berkata, pihaknya percaya tindakan itu dilakukan peminjam sebagai jalan terakhir bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata, kumpulan along kini rancak menawarkan pinjaman dengan mengupah individu tertentu mengedarkan risalah skim pinjaman disediakan mereka.

Selain laporan polis, katanya, kegiatan itu juga terbongkar selepas tertangkapnya seorang lelaki ketika mengedarkan risalah berkaitan skim pinjaman haram di Ayer Hitam, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap ketika meletak pelbagai risalah berkaitan pinjaman along pada cermin kereta orang ramai di pekan berkenaan, Ahad lalu.

“Lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu polis mendapatkan maklumat lanjut seperti siapa dalangnya serta tempat risalah berkenaan dicetak.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya atau terjebak dengan pelbagai taktik seperti skim pinjaman tanpa faedah ditawarkan peminjam along,”

Usaha boikot gula tidak menjadi
Oleh Irwan Shafrizan Ismail, Muhammad Saufi Hassan, Adha Ghazali, Amin Ridzuan Ishak, Mahani Ishak, Kalam Hadi, Nahar Tajri, Faizul Azlan Razak dan Alzahrin Alias
bhnews@bharian.com.my
2010/06/16

MOHD Helmi Md Noor turut mendapatkan bekalan gula, minyak dan 
tepung di sebuah kedai di Kampung Bukit Payung, Pokok Sena, semalam.
MOHD Helmi Md Noor turut mendapatkan bekalan gula, minyak dan tepung di sebuah kedai di Kampung Bukit Payung, Pokok Sena, semalam.
Peniaga barangan runcit beberapa negeri masih menjual seperti biasa

KUALA LUMPUR: Usaha Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) untuk memboikot penjualan barangan kawalan khususnya gula, yang dikatakan tidak mendapat keuntungan setimpal tidak berlaku apabila penjualan barangan berkenaan berjalan seperti biasa di seluruh negara.

PENYERANG Switzerland, Blaise Nkufo (kiri) dicabar pertahanan 
Sepanyol, Sergio Ramos pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 
FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, 
Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
PENYERANG Switzerland, Blaise Nkufo (kiri) dicabar pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
DURBAN, Afrika Selatan: Switzerland menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010, di Stadium Durban, sebentar tadi.

Gol kemenangan Switzerland dijaringkan Gelson Fernandes pada minit ke-52.