ßÍšŋęş Õńļĭńê Ěâŝŷ ©










HI

Rabu, 16 Jun 2010

Johor: Umpan Piala Dunia
Oleh Mustapha Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/06/15

IBRAHIM (kiri) 
menunjukkan jadual pertandingan bola sepak Piala 
Dunia serta kad perniagaan yang dirampas daripada tali barut along  di 
Ayer Hitam.
IBRAHIM (kiri) menunjukkan jadual pertandingan bola sepak Piala Dunia serta kad perniagaan yang dirampas daripada tali barut along di Ayer Hitam.
Ramai kaki judi terperangkap kini resah diburu along

BATU PAHAT: Polis mengesan demam Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan digunakan sindiket perjudian untuk meraih keuntungan sekelip mata. Selain sindiket berkenaan, along atau lintah darat juga didapati menggunakan kesempatan itu untuk memajukan khidmat pinjaman wang disediakan.Mereka memperkenalkan beberapa kemudahan seperti pembayaran balik fleksibel dan tidak mengenakan bunga kepada peminjam, jika melunaskan dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pinjaman khas ditawarkan kepada kaki judi itu sebenarnya sukar dilunaskan seperti yang dijangka.

“Beberapa kaki judi yang mendapatkan pinjaman along akhirnya menyedari mereka terperangkap dengan taktik digunakan dan ramai yang gagal membayar balik pinjaman.

“Berikutan itu, ramai peminjam tertekan apabila didesak pemungut hutang upahan along supaya melunaskan pinjaman masing-masing.
“Selain berikhtiar atau mencari jalan sendiri untuk menjelaskan pinjaman, ada peminjam yang sudah tidak tahan dengan desakan serta masalah dialami, membuat laporan polis,” katanya.

Ibrahim berkata, pihaknya percaya tindakan itu dilakukan peminjam sebagai jalan terakhir bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata, kumpulan along kini rancak menawarkan pinjaman dengan mengupah individu tertentu mengedarkan risalah skim pinjaman disediakan mereka.

Selain laporan polis, katanya, kegiatan itu juga terbongkar selepas tertangkapnya seorang lelaki ketika mengedarkan risalah berkaitan skim pinjaman haram di Ayer Hitam, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap ketika meletak pelbagai risalah berkaitan pinjaman along pada cermin kereta orang ramai di pekan berkenaan, Ahad lalu.

“Lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu polis mendapatkan maklumat lanjut seperti siapa dalangnya serta tempat risalah berkenaan dicetak.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya atau terjebak dengan pelbagai taktik seperti skim pinjaman tanpa faedah ditawarkan peminjam along,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan