ßÍšŋęş Õńļĭńê Ěâŝŷ ©










HI

Rabu, 16 Jun 2010

PERKATAAN Oranje sering kali dirujuk kepada pasukan bola sepak kebangsaan Belanda mahupun pasukan besbol negara itu.
pix_middle



Namun, ketika pusingan akhir Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, pasukan bola sepak menjadi tumpuan utama.

Oranje atau juga bermakna warna oren kerana pasukan negara itu sering memakai jersi berwarna oren selain warna putih atau hitam bagi jersi kedua, sudah agak sebati dengan peminat bola sepak seluruh dunia.

Lebih menarik, penyokong skuad Oranje juga memakai baju atau jersi berwarna oren, sering kali memenuhi tempat duduk penonton di mana saja mereka bertanding dan sekali gus membentuk satu 'lautan oren'.

Mereka ini disifatkan sebagai penyokong paling `sporting' kerana akan hadir dengan jumlah yang besar untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan mereka.

Tiada kedengaran penyokong mereka membuat kekacauan atau terlibat dalam keganasan penyokong baik dalam siri Piala Dunia lalu, mahupun kejohanan Euro.Kedatangan penyokong Belanda ini umpama membawa cat oren.Tidak hairan apabila Belanda menentang Denmark pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan E di Stadium Soccer City, Johannesburg, kelmarin, hampir keseluruhan stadium yang boleh memuatkan 90,000 penonton itu dipenuhi dengan warna-warna oren.
Di segenap penjuru stadium, penyokong Oranje dengan memakai jersi, topi, rambut dan pelbagai aksesori lagi berteriak, bertempik, menyanyikan lagu sekalipun mungkin ia tenggelam di dalam kebisingan tiupan trumpet vuvuzela yang menjadi kontroversi.

Ada juga di kalangan penonton berusia dari Belanda yang memakai jersi 1988, ketika negara itu mencatat sejarah buat kali pertama menjuarai Kejohanan Eropah di Jerman Barat.Suasana sama 'lautan oren' juga bukan satu perkara asing seandainya Belanda bermain di gelanggang sendiri sama ada di Amsterdam (Arena Amsterdam), Rotterdam (Stadium Feyenoord) mahupun Eindhoven (Stadium Philips).

Sukar untuk melihat warna lain selain warna oren di kalangan penonton atau di bangku tempat duduk stadium kerana ia dipenuhi dengan 'lautan oren'.

Namun apa yang disaksikan di Stadium Soccer City kelmarin memang menakjubkan kerana ia bukannya berlangsung di Belanda atau di bandar raya di negara itu sebaliknya di Afrika Selatan.

Kehadiran penyokong fanatik Oranje memenuhi setiap ruang sesuatu yang mengagumkan bagaikan perlawanan itu dilangsungkan di negara mereka sendiri.
Sekalipun persembahan pasukan Oranje sendiri tidak begitu memberangsangkan dan dianggap menang secara 'kotor' dengan satu gol sendiri pemain pertahanan Denmark dan gol kedua oleh penyerang Liverpool, Dirk Kuyt, namun kehadiran penyokong mereka pastinya sesuatu yang dialu-alukan.

Banyak pasukan yang menganggap sokongan peminat mereka sebagai 'orang ke-12' di atas padang, pembangkit semangat untuk memberikan persembahan menarik dan menghiburkan serta apa yang lebih penting memastikan kemenangan yang dicari-cari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan