ßÍšŋęş Õńļĭńê Ěâŝŷ ©










HI

Ahad, 27 Jun 2010

Chong Wei, Taufik di final Terbuka Indonesia



LEE CHONG WEI

JAKARTA - Perlawanan akhir badminton Terbuka Indonesia hari ini ibarat ulangan tahun lalu mempertemukan perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bertemu pemain tuan rumah, Taufik Hidayat.

Chong Wei mara ke peringkat akhir selepas mudah menumpaskan seorang lagi pemain Indonesia, Sony Dwi Koncoro 21-13, 21-9 dalam 33 minit.

Kemenangan itu juga ibarat membalas dendam di atas kekalahan Chong Wei di tangan Sony pada peringkat suku akhir Terbuka Singapura lalu.

Chong Wei yang tidak menyangka menang mudah ke atas Sony berkata, strateginya bermain dengan lebih cepat serta menyerang berhasil memaksa Sony melakukan banyak kesilapan.

"Hari ini saya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada perlawanan dan permainan saya juga lebih laju," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mengulas pertemuan dengan Taufik, Chong Wei

berkata, dia akan berusaha memberi tumpuan dan bermain dengan baik seperti ketika menewas Sony.

Pada perlawanan akhir kejohanan yang sama tahun lalu, Chong Wei menang mudah ke atas Taufik dengan straight set untuk merangkul kejuaraan.

Sementara itu, Taufik juga tidak menghadapi kesukaran untuk menjinakkan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh apabila menang 21-17, 21-12.

Taufik yang menganggap Chong Wei sebagai

pemain yang hebat berharap akan dapat memberi saingan terhadap pemain nombor satu dunia tersebut.

"Chong Wei kini berada pada tahap prestasi terbaiknya, pada pandangan saya kerana tidak ada Lin Dan (perseorangan China), pasti Chong Wei pilihan untuk muncul juara," katanya.

Beregu lelaki pula menyaksikan pasangan Korea, Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo menentang gandingan China Taipei, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu. - Utusan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan